Popular Posts

November 8, 2012

episode 14 : Char Kuey Teow PALING BEST!


Assalammualaikum,CAK!

Episode kali ini kembali lagi dengan aku ingin memperkenalkan pada kamu,kamu dan kamu yang mungkin tidak tahu dimana boleh anda mendapatkan char kuey tiow [caketiaw] yang sedap dan mampu membuatkan anda terliur setiap hari!

Amacam intro aku?ok tak?hahhahah~

Dah lame sebenarnye aku nak intro kan pasal satu kedai caketiaw ni dalam blog aku yang humble nih :) tapi asyik hilang ingatan je nak berbuat demikian tambahan pulak faktor takde mase hihihihi...

Mungkin ada diantara kawrunk yang mungkin pernah dengar atawpun tak tentang kewujudan satu gerai caketiaw di RAMPAI BUSINESS PARK.Diberi nama QIA CHAR KUEY TEOW, terpacak cantik diatas divider jalan yang bertentangan kedai service kereta (tak ingat nama) dan car wash 24 jam.Lokasi nya  dipersimpangan jalan menghala ke apartment jasmine (if tak silap lah hahahah,byk yang aku tk sure nak describe macam mana ni) tapi yang pasti,jika kawrunk dah jumpe oldtown rampai,ia nya tak jauh dari situ :) sile buat pusingan sikit ye! Bile kawrunk dah nampak kelibat gerai seperti gambar dibawah ni,konpomlah kawrunk tak sesat dan aku hebat memberi direction jalan :P hahahahah~


Kedai ni yang setahu aku lah,dah beroperasi lama tak lama,baru tak baru tapi hitung panjang pendek,ade jugak lah setahun nak masuk due tahun,aku rase lah ye :D Tapi itu tak penting!bukan sejarah penubuhan gerai ni yang aku nak canangkan![cewahhh!] Apa yang aku ingin canangkan adelah kesedapan caketiaw yg mereka hasilkan ;] [aku pun suke taste si pembuat air nye,menepati kehendak tekak aku kikikiki].

Disini,menunya terdiri daripada Caketiaw Biasa [purata 3-4 ekor udang],Caketiaw Special [Purata 6 ekor udang size boleyh tahan terliur],Ketiaw Goreng Kerang,Ketiaw Goreng Udang or Ketiaw Goreng Udang Kerang.What can i say is,i have taste all of it,and its a damn delicious guys..aku masih ingat bagaimana pada satu malam tu,aku dan kawan2 aku niat nak makan caketiaw je,tapi lepas tu semua pun makan caketiaw dan ketiaw goreng..perhhh maraton ketiaw lah malam tuh!Ingin aku selitkan reminder disini pada kawrunk ye,Caketiaw Special kat sini tidak seperti ditempat lain yang umumnya akan add on telur mate rite?Disini kelainannya apabila specialty telur mate itu diganti dengan kuantiti lebihan udang yang segar dan bersize sederhana yang mantap bile menyelam masuk ke mulut anda hehehhe...[i love it!]

Caketiaw Special

Ketiaw Goreng

[Aku tak sertakan sekali gambar Caketiaw Biasa sebab sama je dengan Caketiaw Special sume kuah kurang sikit je tapi still puas ;)]

Aku tak sure ape secret recipe nye,dan aku pun tak terdaya nk bertanye sebab al-konpom lah owner takkan gtaw ape secret weapon nye ye tak?bahahahahaha...Setakat ini,caketiaw kat sini lah yang rase sedap tidak seperti mali's [erk] atawpun yang laen lahhhh..dan aku paling tak suke satu2 kedai caketiaw tu bile masakan nye semakin lama semakin terasa seperti hangus2 kebakaran [memang banyak terjadi pada sesetengah gerai caketiaw] lah, pedas tk tentu hala atawpun kuantiti kuah dan ketiaw itu sendiri tidak memuaskan, apetah lagi pada gerai yang menghasilkan rasa yang mungkin tidak memberansangkan daya ingatan untuk mengingati gerai itu kembali hahaha~

Seriously, all of u should try it!And i'm not doing some free advertisement here just sharing some info for those yang masih tercarik2 dimana maw makan caketiaw yang sedap sehingga menjilat jari! :D Pesanan ikhlas,if nak datang survey datanglah jam berapa pun pada sebelah malam yang kawrunk larat,tapi gerai ni akan tutup dalam linkungan 2,3 pagi ikut customer yang ade ;] N lagi satu aku nak pesan ni,sometimes tempat die full,sometimes tak bape nk full,if kene timing nye full,memang kawrunk terpaksa lah menunggu giliran :)


Ape pun pada yang berminat ingin mencuba caketiaw buatan mereka, aku ucapkan "Selamat mendapat tempat dan menjamu selera ye! :D"

No comments: